Thursday, April 23, 2009

::Untitled::

Malam ini berlalu dengan begitu shahdu sekali.. dihembus angin sepoi-sepoi bahasa(angin air-cond).. tetiba aku terasa untuk meluahkan sesuatu yang terbuku di taman hati ini..
Mungkin kerana malam ini adalah malam terakhir aku menjalani latihan praktikal... Macam2 rase ade.. Happy sbb praktikal da habis.. sedih sebab nak tinggalkan sume yang telah aku lalui.. rindu dengan aktiviti harian di silibin ini.. banyak kenangan yang tercipta di sini, pelbagai pengalaman aku jalani... pelbagai ragam manusia aku temui.. lain orang lain caranya.. mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing... ' Don't judge the book by it's cover '.. itu yang dapat aku simpulkan... selok belok alam pekerjaan telah aku tempuhi.. kini aku mengerti politik alam pekerjaan.. penuh dengan cabaran dan dugaan.. harus ditempuhi dengan kewarasan akal fikiran... situasi bekerja di sektor kerajaan dan sektor swasta, kedua-duanya aku telah rasai.. walaupun pada dasarnya, aku bekerja di sektor swasta, tetapi pengalaman bekerja di S.U.K. Perak, memberi sedikit pendedahan kepadaku bekerja di sektor kerajaan, begitu berbeza suasananya...dengan pendedahan ini, aku harus memilih satu sektor yang mampu menjamin masa depanku..

Segala pengalaman ini akan ku semat di hati menjadi kenangan nan abadi..Kehidupan di sini membentuk diriku, mematangkan fikiranku, menjadikan aku lebih dewasa untuk menempuhi hari-hari yang mendatang.. YA TUHAN, aku memanjatkan kesyukuran kepadaMu, kerana diberi kesempatan untuk melalui kehidupan disini.. sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...Subhanallah..

z : 'Untitled', x tau nak bagi tajuk ape...

2 comments: