Thursday, April 23, 2009

::Salam Perpisahan::


Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci

Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu

Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini

“Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan”

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu

Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu

Semoga Tuhan Berkatimu


z : Di sini kami(Azzam dan Zul) ingin melahirkan rasa terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada Encik Abdul Razak Bin Kamarul Arifin dari GW Intech Sdn. Bhd.,Encik Khair Anuar, Encik Mohd Nasry, Encik Sazli, Encik Azmie, Encik Husin, dan Encik Ammar dari Zamrud Alliance Sdn. Bhd.. Serta tidak dilupakan, sahabat-sahabat pelajar praktikal dari UUM(Firdaus"ePy",Arul,Faizal) , UiTM(Ain,Ekin,Lin,Ida,Yan) dan dari Politeknik(Mior, Amy,dan Fahmi) kerana banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami semasa menjalani latihan praktik ini. Semoga dihalalkan segala ilmu, tempat tinggal, gaji, makan, dan minum kami sepanjang kami berada di sini. Kami memohon kemaafan dari hujung rambut hingga hujung kaki, jika ada terkasar bahasa, terlanjur perbuatan, terselisih faham...maafkan kami... Doakan agar kami berjaya dalam perjuangan kami selepas ini dan masa-masa mendatang...

::Untitled::

Malam ini berlalu dengan begitu shahdu sekali.. dihembus angin sepoi-sepoi bahasa(angin air-cond).. tetiba aku terasa untuk meluahkan sesuatu yang terbuku di taman hati ini..
Mungkin kerana malam ini adalah malam terakhir aku menjalani latihan praktikal... Macam2 rase ade.. Happy sbb praktikal da habis.. sedih sebab nak tinggalkan sume yang telah aku lalui.. rindu dengan aktiviti harian di silibin ini.. banyak kenangan yang tercipta di sini, pelbagai pengalaman aku jalani... pelbagai ragam manusia aku temui.. lain orang lain caranya.. mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing... ' Don't judge the book by it's cover '.. itu yang dapat aku simpulkan... selok belok alam pekerjaan telah aku tempuhi.. kini aku mengerti politik alam pekerjaan.. penuh dengan cabaran dan dugaan.. harus ditempuhi dengan kewarasan akal fikiran... situasi bekerja di sektor kerajaan dan sektor swasta, kedua-duanya aku telah rasai.. walaupun pada dasarnya, aku bekerja di sektor swasta, tetapi pengalaman bekerja di S.U.K. Perak, memberi sedikit pendedahan kepadaku bekerja di sektor kerajaan, begitu berbeza suasananya...dengan pendedahan ini, aku harus memilih satu sektor yang mampu menjamin masa depanku..

Segala pengalaman ini akan ku semat di hati menjadi kenangan nan abadi..Kehidupan di sini membentuk diriku, mematangkan fikiranku, menjadikan aku lebih dewasa untuk menempuhi hari-hari yang mendatang.. YA TUHAN, aku memanjatkan kesyukuran kepadaMu, kerana diberi kesempatan untuk melalui kehidupan disini.. sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...Subhanallah..

z : 'Untitled', x tau nak bagi tajuk ape...

Wednesday, April 22, 2009

::Mind Setting::

Minda separa sedar kita menurut apa saja yang kita katakan. Bahkan, minda memberi respon pada setiap apa yang ada di fikiran.

Anda boleh menggunakan cara ini untuk menjadi bersemangat. Simple saja, cuma mulakan dengan ayat “Aku mahu..”

Misalnya,

“Aku mahu bersemangat hari ini”

“Aku mahu jadi bertenaga saat ini”

“Aku mahu banyak idea bila mula menelaah malam ini”

Selepas itu, bayangkan di fikiran yang anda menjadi seperti apa yang anda mahu.

Bila anda mahu jadi orang yang bersemangat, bayangkan di minda yang anda menjadi bersemangat, anda nampak diri anda melangkah dengan penuh bersemangat!.

Teknik ini sangat ringkas tapi berkesan kerana anda memberi arahan terus pada minda supaya menukarkan diri anda menjadi bersemangat, emosi bertukar menjadi energetik, penuh dengan tenaga, sepenuh yang mungkin, setinggi yang mungkin.

Ingat, bayangan di minda mesti sama dengan apa yang ada fikiran, baru semangat itu tercetus secara automatik. Personally, ramai org berjaya mengamalkan teknik ini setiap hari, seperti di setiap sesi latihan sukan, setiap kali ingin pergi bekerja dan setiap kali memulakan study.

Dah tahu teknik ni, mula berlatih sekarang juga!

z : aku set minda aku untuk terbang.. aku bayangkan di minda aku terbang, dan aku nampak diri aku terbang...tapi akhirnya aku jatuh..jatuh katil.. aku mimpi rupernyer...

Anda di mana? anda dimana-mana...

Soalan1 : Adakah anda solat 5 waktu??
X : Sudah tentu… solat itu tiang agama dan berdosa jika kita meninggalkannya.
Y : Solat gak le.. itu pun kalau mak ayah suruh..atau join kawan.. tp ikot mood le..
Z : Kalau solat pun tak khusyuk.. baik tak payah…

Soalan2: Adakah anda berpuasa di bulan Ramadhan??
X : Itu juga kewajipan umat islam..maka wajib dilakukan kerana Allah..
Y : Ofcoz la posa… malu la kat orang kalau tak posa.. tak posa takleh raya.
Z : Aku solat pun tak.. posa wat pe??

Soalan3: Jika anda seorang wanita, adakah anda memakai tudung??
X : Pakai tudung tu kewajipan & maruah seorang wanita Islam.. so.. faham2 lah ye..
Y : Tudung tu pakai kat sekolah je.. kat luar tayang rambut rebonding lah..
Z : Tudung?? Tak trendy laa.. wat malu je.. jatuh la saham aku…

Soalan4 : Apakah aurat bagi lelaki??
X : Diantara pusat & lutut. Budak dejah 1 pun tau..
Y : Antara pusat n ketiak kot… tak pasti..
Z : ntah.. tak kesah le.. apa guna spender mahal n bulu peha panjang kalau tak tayang??

Soalan5 : Apa pndapat anda ttg wanita bpakaian seksi & fit??
X : Jelas dia tidak sayangkan agama & tidak ingin menjaga maruah diri & Islam.
Y : Tanya la dia.. mane tahu kain mahal n tak mampu beli banyak.so tpaksa pinjam baju adik
Z : Standard la tu. Takpe tak tutup aurat yang penting hati mesti baik..

Soalan6 : lelaki & wanita boleh bersentuhan tak??
X : Haram… batal wuduk.. bukan mahram so jangan le..
Y : Ala… setakat salam tu takpe lah..
Z : Open la sket.. ape guna ade couple kalau tak leh sentuh?? Setakat pegang tu takpe la..

Dalam golongan manakah kita tergolong?? X, Y atau Z??
tepuk dada, tanya Iman.. Kalau menjadi manusia, jgnlah jadi manusia biasa.. rapuh imannya, longgar jiwanya, sempit mindanya. Jadilah manusia LUAR BIASA.. kental imannya, gah jiwanya, tertib solatnya & Quran juadahnya. Wassalam..

z :

Maafkan ku...

Rasulullah SAW bersabda :
"Takutlah ghibah(mengumpat). Ia lebih buruk dari zina. Lelaki berzina lalu taubat, Allah menerima taubatnya. Sedangkan Allah tidak mengampuni orang yang ghibah(mengumpat) sebelum orang yang diumpat memaafkannya"...nauzubillah..di kesempatan ini saye nk minta maaf kalo2 saye mengumpat atau terumpat rakan2 scr depan2 atau blkg2..saye insan yg lemah..sesungguhnya manusia itu sering lupa dan kerapkali melakukan kesilapan..skali lg saye mohon maaf kpd teman2 sume..sampai2kn lah dan same2 kite mohon maaf ngn teman2 kite...

z : Kepada saudara mara, rakan2 dan staf2 di UiTM, GW Intech dan di Zamrud Alliance serta di S.U.K. Perak ... Maafkan ku atas segala silap dan salah...Halalkan makan minumku...
z : Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...Kami memohon kepadaMu kebaikan pada hari ini dan selepasnya..Dan dijauhkan dari perkara-perkara buruk pada hari dan selepasnya... Maha Suci Allah, jauhilah kami dari tingkahlaku yang tidak baik, amalan-amalan yang tidak baik, dorongan nafsu yang tidak baik, serta dari segala penyakit yang merbahaya...Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, jalan yang Kau redhai, dan bukan jalan yang Kau murkai...Ya Allah Ya Tuhan Kami... Kami memohon keampunan dari segala dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, serta dosa guru-guru kami...kurniakanlah kepada kami, ilmu pengetahuan yang berguna untuk diri kami, masyarakat, dan agama kami...Ya Allah Ya Tuhan kami...Berikanlah kami nikmat dan rahmat kefahaman menuntut ilmu dunia dan akhirat dan kefahaman beramal ibadah kepadamu Ya Allah...Sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami Ya Allah.. Dengan RahmatMu, Ampunilah dosa-dosa kami Ya Allah...Amin..

::Biografi Lagenda::

Aku telah dilahirkan di sebuah factory yang terkemuka di dunia...semasa proses pembentukan diri ini, seluruh komponen yang berasingan disuaipadankan menjadi satu... dari sekecil-kecil zarah hingga sebesar-besar epy... setelah seluruh puzzle tubuhku disatukan.. maka lahirlah diriku yang macho ini.. setelah cukup tujuh hari, baru ku tahu aku mempunyai nama.. aku diberi nama 'Lagenda'..

Aku bersama beberapa spesis yang lain telah dihantar ke sebuah kedai di Kuala Kangsar.. disitu, terdapat banyak lagi spesis yang sama dan berlainan gender denganku..Kami disusun rapi dan dijadikan bahan pameran... Aku menjadi agak gerun apabila melihat ada spesisku yang di operate, tubuh badannya diratah, memancut-mancut darah hitam keluar dari tubuhnya.. perkara itu menjadi igauan ngeri dalam hidupku, hingga termimpi-mimpi... arghhh.. aku mahu keluar dari tempat ini...

Mungkin doaku dimakbulkan Tuhan.. aku telah dibeli oleh seorang lelaki berkacamata berseluar yenki berambut kerinting... suis ku dihidupkan.. bergetar seluruh tubuh badanku.. aku rasa cukup bertenaga sekali... dengan penuh tawaduk, aku dibawa pulang kerumahnya... aku dijaga, dibelai, diusap dengan begitu rapi skali... seminggu sekali aku dimandikan.. makan minumku dijaga rapi.. aku sedia berkhidmat untuk keluarga ini dengan penuh rasa tanggungjawab... sepanjang menjalankan tugas aku tidak dapat lari dari kesilapan..aku pernah terjatuh, tergelincir, tertonggeng, dan terpancit... terdapat beberapa kesan calar ditubuh badanku.. jika ada apa2 masalah yang melanda diri ini, aku cepat2 dirawat... aku terharu...

Pada pertengahan tahun 2008, aku telah ditukar hak milik secara tidak rasmi... aku di serahkan kepada anak lelaki tuanku.. Maka, bermulalah episod baru dalam hidupku... aku mendapat perhatian yang lebih lagi.. bab maintenance, memang cukup puas hati.. kebajikan dijaga rapi... Terdapat beberapa perubahan dilakukan terhadap diri ini... aku redha.. aku ditunggang dengan begitu cermat sekali...walaupun aku sering ditunggang mencapai kelajuan maksima.. Kadangkala seram gak pabila tuanku ini mencilok... tetapi, tuanku ini bijak untuk menunggangku mengikut kesesuaian jalanraya...aku berasa senang bangat dengan tuanku.. Baru-baru ini, kepalaku ditebuk untuk mengskrukan mahkota di kepalaku... bukan sakit sangat pun kene tebuk.. macam kene gigit semut jer... Tuanku menggelarkan aku 'Yamaha Lagenda Vtec Turbo'. Suke ati ko la..

Ape2 pun..aku berbangga dapat berbakti untuk tuanku...

Thank You Master...

Ikhlas Dari:


YAMAHA LAGENDA VTEC TURBO
- a.m.n, s.u.k., b.p.a., p.s.m., m.a.i.p., j.p.j, j.k.r.-

Tuesday, April 21, 2009

::mira exora::

Sejak diwar-warkan setahun lalu...perkembangannya selalu ku ikuti, kemunculannya amat kunanti-nantikan..penantian yang penuh dengan kesabaran dan dugaan, kini telah berakhir.. yang dinanti-nanti telah tiba... kelahiran aset negara iaitu....


PROTON EXORA

Proton Exora adalah sebuah MPV pertama keluaran Malaysia amnya, Proton khususnya...Proton Exora menggunakan enjin Campro CPS 1.6, memuatkan 7 orang, dengan harga lebih kurang RM70000. Kebanyakan harga MPV di pasaran berharga lebih dari RM100000. Melalui uji pandu yang telah dijalankan, ramai yang amat berpuas hati dengan MPV ini. Gambar di atas adalah Proton Exora standard..selain itu, terdapat juga Proton Exora Prime:-



EXORA PRIME




Tapi aku lagi suka Exora Prestige ni:-



EXORA PRESTIGE

Exora Prestige ni da macam keta mafia da aku tengok, Ganazz..nampak lebih sporty... aku x pasti samada Exora Prestige dan Exora Prime ni ade dijual atau untuk pameran sahaja.. Tapi kalau jual ni, mau lebih seratus ribu ni... fuhhh...

Ape-ape pun, tahniah Proton kerana berjaya menghasilkan sesuatu yang amat membanggakan negara. Mungkin pasni, Perodua pun akan turut mengeluarkan MPV mereka. Semoga industri permotoran Malaysia akan terus suksess di masa hadapan..

::I'm Proud Be Malaysian and I'm Support Malaysian Car::

z : mira adalah nama adik aku, yang mana xde kne mengene langsung dengan artikel ni..saje je letak tajuk post cm2(x de pe effect pun). Ade mcm bunyi 'mira idora' x?
z : belilah barangan buatan Malaysia.
z : dimana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Aku, Gitar dan ...

Gitar(tong, kapuk) adalah sejenis alat yang diperbuat daripada kayu(ker papan..ntahla) dan mempunyai tali yang melintang memanjang ke ufuk timur...

Dari dlu lagi aku teringin nak men menatang ni... Bile tengok orang petik gitar ni, nampak mcm senang jer... bile aku start men gitar, hampeh jer.... seingat aku, first time aku pegang gitar, mase aku kat PLKN, kem Etnobotani G.M. .. mase tu aku tau petik tali yang paling bawah jer..member aku ajar takat tu jer... Pastu aku pegang gitar time kat Uitm plak.. sifu gitar aku adalah roommate aku sendiri ... sifu aku menghadiahkan aku sesuatu yang amat berguna untuk aku mendalami ilmu dalam jurusan penggitaran ini... aku diberi installer 'Guitar Pro 5' dan dengan semangat yang berkobar2, aku trus tido..install la... lagu pertama yang aku belajar main adalah 'Time is running out' by Muse(lagu favourite ni)... mase tu dlm bulan puasa kot, x tdo aku dibuatnyer pagi tu blajar main lagu ni... (bukan nk membanyakkan amal ibadah.. pe la aku ni) habis tu aku qadha kaw2 punyer tdo... tapi pastu cuti sem, terputus lagi hubungan aku & gitar...Tahun ni, hubungan aku & gitar bersambung kembali... sahabat praktikal aku sudi meminjamkan gitar beliau kepada kami yang terdampar di ofis ini... di sini karya aku terus berkembang... antara lagu2 yang berjaya aku dalami iramanyer adalah 'Hey There Delilah-Plain White', 'Love Story-Beethoven'(intro jer), '7 Nation Army'(intro gak), 'New Born-Muse'(bley la sket2) dll.. sebenarnya aku main gitar ni ikut lagu jer... kod gitar, sepatah haram pun aku x tau.. mcm susah jer(bg aku) nk blajar kod sebab pertukaran dari satu kod ke kod yang lain memerlukan pertukaran jari yang cepat dan tepat membuatkan jari ku kaku... jari jemari aku masih lagi keras untuk memetik setiap jalur tali itu... x pe la...sket2 lme2 jd bukit... mungkin ape yang aku tau ni x de nilainyer di mata korang.. tapi mempunyai nilai sentimental untuk aku...latihan praktikal da nak ke penghujung da ni... aku & gitar terpisah lagi.. mungkin pasni aku kene beli gitar sendiri kot...bile? ntahler...

z : sifu gitar aku adalah roomate n classmate aku mase kat uitm n praktikal skali(zul, ko jangan perasan).
z : P hanya taw men lagu '7 Nation Army'...tu pun intro jer...
z : dengan 2 ke 3 kod yg sama sahaja, arul boleh main banyak lagu(kod tu diulang2, bunyi same jer)
z : dengan kod lagu arul tu la ktorg melalak petang ke maghrib...
z : en. ajak adalah otai gitar(tp man kidal lg otai kot)
z : trima kasih faizal bg pinjam gitar...terisi gak mase ktorg kat ofis ini...

Thursday, April 16, 2009

Ofisku Rumahku...

7.00 a.m.
alarm nokia ku berbunyi... memekak jer... aku off dan sambung tido..
8.00 a.m.
aku bangun tido dan mencapai towel lalu menuju ke bilik air yg berada di tingkat bawah..aku naik atas balik..terlupe plak ambik kunci pintu bawah..aku teruskan perjuanganku untuk mandi..lepas mandi, aku bersiap memakai kemeja dan sluar yang telah digunakan hampir 4 bulan..
8.30 a.m.
zul x bangun lagi.. aku kejutkan die.. zoommm.. mcm lipas kudung die ke bilik air.. sambil tunggu zul.. aku mengambil gitar, lalu mengalunkan lagu 'hey there delilah'...
8.45 a.m.
aku menggapai kunci motor lalu turun kebawah mendapatkn 'yamaha lagenda vtec turbo' aku..
kemudian aku dan zul menuju ke restoren sampoy... seperti biasa, zul akan order air laici dan nasi lemak.. aku order teh tarik n roti telur..tiba2 satu makhluk menghampiri meja kami dan terus duduk...oh.. p rupenyer.. p mengorder roti double n air laici... tup2, teh tarik gak yang sampai..kami bersembang hal ehwal semasa dengan penuh rasa tanggungjawab kepada agama, bangsa, dan negara... tapi.. gelak jer yg lebih...selain itu, visi dan misi serta masa depan sering menjadi perbualan kami..begitu berwawasannya kami..
9.30 a.m.
tugasan sebagai pelajar praktikal dimulakan..aku mengerling ke arah Li.. die mmberi isyarat untuk ke S.U.K. ..aku dan zul bersiap laptop masing2..Mie juga begitu.. dengan penuh semangat, kami menuju ke S.U.K. ..
10.00 a.m.
Li dan Mie menyerahkan ic masing2 sambil menyebut password, B.P.A. , P.S.M. di kaunter S.U.K.cun gak akak kat kaunter 2 .. zul mengikut Lie ke PSM manakala aku dan Mie menuju ke BPA..di PSM, Sanker adalah kawan setia Lie... manakala si Baju Kebaya sering menjadi tumpuan(kadangkala menjadi tujuan utama ke PSM)...hehe..manakala di BPA, kak kiah, kak norli, dan kadang2 daus adalah watak yang sering muncul .. kak kiah dan kak norli, mereka hampir sebaya umur mak aku.. tp mengapa di panggil kak.. knp tidak dipanggil dgn puan.. ahh.. aku konpius.. lambakan data perlu di key in... ke keep in... ble ia akan berakhir?.... setelah selesai tugas di PSM, zul dan li ke BPA.. Li ke BPA dengan harapan setinggi langit agar si S(bukan nama sebenar) sedia menanti... tetapi kak norli lebih setia menanti... berkecai harapan menjadi bebanan... haha..
5.00 p.m.
zul mengajak aku kemasjid... fuhh.. aku seperti tidak percaya... zul kah ini? dgn 1001 persoalan.. aku turutkan sahaja kehendak zul.. kami menuju ke masjid berhampiran ofis kami.. dalam perjalan ke masjid, zul melencong ke 'papa chop mama grill'... hampeh.. aku diperdaya.. zul tengah sangap winston baby rupenyer...tapi, aku dengan penuh insaf trus menuju ke masjid..
8.00 p.m.
Jom makan... ayat yang kluar dari mulut Li..seperti biasa.. kedai makan pokok ceri menjadi destinasi..jika tutup.. kedai makan Cherry pula yang di tuju ...
9.00 p.m.
Pertarungan hebat bakal disaksikan..Meja ping pong menjadi saksi... aku berganding dengan zul, manakala p berganding dengan arul...pertemuan junior dan senior ini sering menjadi tumpuan peminat setia, sang semut dan sang nyamuk(bile la ofis ni nk kne fogging).. perlawan semakin sengit menuju mata akhir pusingan akhir..sang junior sedang mengatasi senior.. satu bola lambung dihalakan kearahku.. dengan lafaz 'Bismillah' aku melibas bola ping pong tersebut lalu terpantul ke meja lawan dan terus terpantul menuju perut P...itu dia mata kemenangan untuk team junior...aku menjadi man of the match...
10.00 p.m.
online time..perkara pertama aku akan tengok yahoo mail aku... kemudian aku akan mengadap
Tagged, Facebook, Friendster, You Tube, dll...
2.00 a.m.
tido time...sok kne keje lagi...

Demikianlah skrip harian aku sebagai pelajar praktikal di slibin ni...skripnyer saban hari hampir sama...Tapi ini semua bakal berakhir... mungkinkah saat2 ini akan berulang kembali? aku sendiri pun tak pasti...

z: Ofisku Rumahku... sepanjang praktikal ni.. aku n rakan2 praktikal yang lain tinggal di Ofis di mana terdapat bilik di ofis ni yang menjadi tempat tidor dan tempat lepak kami setelah seharian bekerja...di ofis ini juga terdapat sebuah meja ping pong yang sering memenuhi aktiviti riadah serta aktiviti kokurikulum kami...

Slibin Menjerit...

Tersebutlah al-kesah aku dan ping pong...

Sebelum aku datang kat slibin ni.. aku x penah pun main ping pong.. pegang raket ping pong* pun x penah.. ni kn nk main.. so, bile aku start praktikal kat slibin ni.. kisah aku dan ping pong pun bermula...sebelum main ping pong, pemilihan raket ping pong, begitu penting.. so, sume dok berebut nk raket Butterfly.. lambat sket dapat la Tajino... bola ping pong juga penting.. baru ni aku beli bola ping pong paling murah.. hmm.. x best langsung.. ringan melayang... trus bos aku sruh beli yang high quality punyer..mahal gler..3 bijik 15 hengget.. tp main memang puas la.. barang2 lain..mestilah kene ade meja ping pong dgn net..x gitu..hehe..

Aku ni nk kata hebat sangat tu... x la jugak.. tapi bolehla... takat smash kencang 2 kacang jer la(ayat riak)... tapi yang x bestnyer...pesal aku slalu kalah?? mungkin marketing aku x berape bagus kot..arghh tensionnyer... orang men ping pong nak lepas tension.. aku bertambah tension.. pe la.. ahah..that's the point(terkluar plak bahasa kampong aku).. aku main 'under pressure'.. sebab tu aku hilang fokus... after this I need to play with more relax and cool then focus will come through(org kmpg aku mesti bangga).. tapai.. eh tapi.. latihan praktikal aku kt slibin ni da nak dekat habis da ni...cmne masa depan aku dengan ping pong? mungkinkah akan tinggal sejarah dengan kenangan nan indah walaupun sering kalah..hmm entahlah...

Slibin! Aku Cabar Kau!!!(jerit dengan sepenuh hati, nada mcm dlm cite KL Menjerit tu...)



*z: P yg bg gelaran raket ping pong tu..
z: main ping pong dengan Arul, bagai menghadiri ceramah motivasi..
z: best gler dapat smash kne zul..fuhh..
z: aku dijadikan role model dalam kampongku krn memartabatkan bahasa kampongku..lalala..

Wednesday, April 15, 2009

rayzSmart?

Ape itu rayzSmart?...sebenornyer dari dlu lagi aku mmg suke reka2 brand diri sendiri...
da bnyk nme yg aku da gne dlu... antaranyer king zam, amzar, kingz, dll...aku pn da x hengat da.. aku pn x pasti knp aku kne wat bnde2 ni... tp mngkn masih mencari identiti diri kot... hmm.. ntahla...

So rayzSmart is just my brand.. mungkin suatu hari nnt aku ade company sndiri under rayzSmart company,yg mne akan kluarkn produk gne nme rayzSmart production, atau rayzSmart menjadi penaja untuk team Chelsea fc(mse 2 aku nk nme rayzSmart ni ade kt jersi Chelsea gnti samsung...haha).. ssh2 aku beli jer trus team Chelsea 2...x pun aku wat jer 1 lg team, rayzSmart fc..hehe..mgknkh ini sume akan mnjdi kenyataan, ataupun khayalan cuma...ahah.. kte tggu dan lihat..jeng jeng jeng(dgn nada suspens)...huhu..

Tuesday, April 14, 2009

Salam blogging...

Buat kali pertamanya..post pertama dariku untuk blog ini.. yang kubina pepagi buta... bagi memenuhi permintaan ramai... dari segenap lapisan usia... tidak kira masa dan tempat.. kesempatan yang ada ini akan ku kongsi perjalanan hidup ini yang pastinya berbeda antara satu sama lain...walaupun diri ini bukanlah sesiapa dan demi apa...maklumlah, siapalah ku ini untuk memintal buih yang memutih...namun ku coretkan jua isi hati ini...
salam perpaduan, salam ukhwah, salam corner, salam blogging dari r.azzam...