Thursday, April 23, 2009

::Salam Perpisahan::


Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci

Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu

Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini

“Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan”

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu

Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu

Semoga Tuhan Berkatimu


z : Di sini kami(Azzam dan Zul) ingin melahirkan rasa terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada Encik Abdul Razak Bin Kamarul Arifin dari GW Intech Sdn. Bhd.,Encik Khair Anuar, Encik Mohd Nasry, Encik Sazli, Encik Azmie, Encik Husin, dan Encik Ammar dari Zamrud Alliance Sdn. Bhd.. Serta tidak dilupakan, sahabat-sahabat pelajar praktikal dari UUM(Firdaus"ePy",Arul,Faizal) , UiTM(Ain,Ekin,Lin,Ida,Yan) dan dari Politeknik(Mior, Amy,dan Fahmi) kerana banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami semasa menjalani latihan praktik ini. Semoga dihalalkan segala ilmu, tempat tinggal, gaji, makan, dan minum kami sepanjang kami berada di sini. Kami memohon kemaafan dari hujung rambut hingga hujung kaki, jika ada terkasar bahasa, terlanjur perbuatan, terselisih faham...maafkan kami... Doakan agar kami berjaya dalam perjuangan kami selepas ini dan masa-masa mendatang...

::Untitled::

Malam ini berlalu dengan begitu shahdu sekali.. dihembus angin sepoi-sepoi bahasa(angin air-cond).. tetiba aku terasa untuk meluahkan sesuatu yang terbuku di taman hati ini..
Mungkin kerana malam ini adalah malam terakhir aku menjalani latihan praktikal... Macam2 rase ade.. Happy sbb praktikal da habis.. sedih sebab nak tinggalkan sume yang telah aku lalui.. rindu dengan aktiviti harian di silibin ini.. banyak kenangan yang tercipta di sini, pelbagai pengalaman aku jalani... pelbagai ragam manusia aku temui.. lain orang lain caranya.. mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing... ' Don't judge the book by it's cover '.. itu yang dapat aku simpulkan... selok belok alam pekerjaan telah aku tempuhi.. kini aku mengerti politik alam pekerjaan.. penuh dengan cabaran dan dugaan.. harus ditempuhi dengan kewarasan akal fikiran... situasi bekerja di sektor kerajaan dan sektor swasta, kedua-duanya aku telah rasai.. walaupun pada dasarnya, aku bekerja di sektor swasta, tetapi pengalaman bekerja di S.U.K. Perak, memberi sedikit pendedahan kepadaku bekerja di sektor kerajaan, begitu berbeza suasananya...dengan pendedahan ini, aku harus memilih satu sektor yang mampu menjamin masa depanku..

Segala pengalaman ini akan ku semat di hati menjadi kenangan nan abadi..Kehidupan di sini membentuk diriku, mematangkan fikiranku, menjadikan aku lebih dewasa untuk menempuhi hari-hari yang mendatang.. YA TUHAN, aku memanjatkan kesyukuran kepadaMu, kerana diberi kesempatan untuk melalui kehidupan disini.. sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...Subhanallah..

z : 'Untitled', x tau nak bagi tajuk ape...

Wednesday, April 22, 2009

::Mind Setting::

Minda separa sedar kita menurut apa saja yang kita katakan. Bahkan, minda memberi respon pada setiap apa yang ada di fikiran.

Anda boleh menggunakan cara ini untuk menjadi bersemangat. Simple saja, cuma mulakan dengan ayat “Aku mahu..”

Misalnya,

“Aku mahu bersemangat hari ini”

“Aku mahu jadi bertenaga saat ini”

“Aku mahu banyak idea bila mula menelaah malam ini”

Selepas itu, bayangkan di fikiran yang anda menjadi seperti apa yang anda mahu.

Bila anda mahu jadi orang yang bersemangat, bayangkan di minda yang anda menjadi bersemangat, anda nampak diri anda melangkah dengan penuh bersemangat!.

Teknik ini sangat ringkas tapi berkesan kerana anda memberi arahan terus pada minda supaya menukarkan diri anda menjadi bersemangat, emosi bertukar menjadi energetik, penuh dengan tenaga, sepenuh yang mungkin, setinggi yang mungkin.

Ingat, bayangan di minda mesti sama dengan apa yang ada fikiran, baru semangat itu tercetus secara automatik. Personally, ramai org berjaya mengamalkan teknik ini setiap hari, seperti di setiap sesi latihan sukan, setiap kali ingin pergi bekerja dan setiap kali memulakan study.

Dah tahu teknik ni, mula berlatih sekarang juga!

z : aku set minda aku untuk terbang.. aku bayangkan di minda aku terbang, dan aku nampak diri aku terbang...tapi akhirnya aku jatuh..jatuh katil.. aku mimpi rupernyer...

Anda di mana? anda dimana-mana...

Soalan1 : Adakah anda solat 5 waktu??
X : Sudah tentu… solat itu tiang agama dan berdosa jika kita meninggalkannya.
Y : Solat gak le.. itu pun kalau mak ayah suruh..atau join kawan.. tp ikot mood le..
Z : Kalau solat pun tak khusyuk.. baik tak payah…

Soalan2: Adakah anda berpuasa di bulan Ramadhan??
X : Itu juga kewajipan umat islam..maka wajib dilakukan kerana Allah..
Y : Ofcoz la posa… malu la kat orang kalau tak posa.. tak posa takleh raya.
Z : Aku solat pun tak.. posa wat pe??

Soalan3: Jika anda seorang wanita, adakah anda memakai tudung??
X : Pakai tudung tu kewajipan & maruah seorang wanita Islam.. so.. faham2 lah ye..
Y : Tudung tu pakai kat sekolah je.. kat luar tayang rambut rebonding lah..
Z : Tudung?? Tak trendy laa.. wat malu je.. jatuh la saham aku…

Soalan4 : Apakah aurat bagi lelaki??
X : Diantara pusat & lutut. Budak dejah 1 pun tau..
Y : Antara pusat n ketiak kot… tak pasti..
Z : ntah.. tak kesah le.. apa guna spender mahal n bulu peha panjang kalau tak tayang??

Soalan5 : Apa pndapat anda ttg wanita bpakaian seksi & fit??
X : Jelas dia tidak sayangkan agama & tidak ingin menjaga maruah diri & Islam.
Y : Tanya la dia.. mane tahu kain mahal n tak mampu beli banyak.so tpaksa pinjam baju adik
Z : Standard la tu. Takpe tak tutup aurat yang penting hati mesti baik..

Soalan6 : lelaki & wanita boleh bersentuhan tak??
X : Haram… batal wuduk.. bukan mahram so jangan le..
Y : Ala… setakat salam tu takpe lah..
Z : Open la sket.. ape guna ade couple kalau tak leh sentuh?? Setakat pegang tu takpe la..

Dalam golongan manakah kita tergolong?? X, Y atau Z??
tepuk dada, tanya Iman.. Kalau menjadi manusia, jgnlah jadi manusia biasa.. rapuh imannya, longgar jiwanya, sempit mindanya. Jadilah manusia LUAR BIASA.. kental imannya, gah jiwanya, tertib solatnya & Quran juadahnya. Wassalam..

z :

Maafkan ku...

Rasulullah SAW bersabda :
"Takutlah ghibah(mengumpat). Ia lebih buruk dari zina. Lelaki berzina lalu taubat, Allah menerima taubatnya. Sedangkan Allah tidak mengampuni orang yang ghibah(mengumpat) sebelum orang yang diumpat memaafkannya"...nauzubillah..di kesempatan ini saye nk minta maaf kalo2 saye mengumpat atau terumpat rakan2 scr depan2 atau blkg2..saye insan yg lemah..sesungguhnya manusia itu sering lupa dan kerapkali melakukan kesilapan..skali lg saye mohon maaf kpd teman2 sume..sampai2kn lah dan same2 kite mohon maaf ngn teman2 kite...

z : Kepada saudara mara, rakan2 dan staf2 di UiTM, GW Intech dan di Zamrud Alliance serta di S.U.K. Perak ... Maafkan ku atas segala silap dan salah...Halalkan makan minumku...
z : Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...Kami memohon kepadaMu kebaikan pada hari ini dan selepasnya..Dan dijauhkan dari perkara-perkara buruk pada hari dan selepasnya... Maha Suci Allah, jauhilah kami dari tingkahlaku yang tidak baik, amalan-amalan yang tidak baik, dorongan nafsu yang tidak baik, serta dari segala penyakit yang merbahaya...Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, jalan yang Kau redhai, dan bukan jalan yang Kau murkai...Ya Allah Ya Tuhan Kami... Kami memohon keampunan dari segala dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, serta dosa guru-guru kami...kurniakanlah kepada kami, ilmu pengetahuan yang berguna untuk diri kami, masyarakat, dan agama kami...Ya Allah Ya Tuhan kami...Berikanlah kami nikmat dan rahmat kefahaman menuntut ilmu dunia dan akhirat dan kefahaman beramal ibadah kepadamu Ya Allah...Sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami Ya Allah.. Dengan RahmatMu, Ampunilah dosa-dosa kami Ya Allah...Amin..

::Biografi Lagenda::

Aku telah dilahirkan di sebuah factory yang terkemuka di dunia...semasa proses pembentukan diri ini, seluruh komponen yang berasingan disuaipadankan menjadi satu... dari sekecil-kecil zarah hingga sebesar-besar epy... setelah seluruh puzzle tubuhku disatukan.. maka lahirlah diriku yang macho ini.. setelah cukup tujuh hari, baru ku tahu aku mempunyai nama.. aku diberi nama 'Lagenda'..

Aku bersama beberapa spesis yang lain telah dihantar ke sebuah kedai di Kuala Kangsar.. disitu, terdapat banyak lagi spesis yang sama dan berlainan gender denganku..Kami disusun rapi dan dijadikan bahan pameran... Aku menjadi agak gerun apabila melihat ada spesisku yang di operate, tubuh badannya diratah, memancut-mancut darah hitam keluar dari tubuhnya.. perkara itu menjadi igauan ngeri dalam hidupku, hingga termimpi-mimpi... arghhh.. aku mahu keluar dari tempat ini...

Mungkin doaku dimakbulkan Tuhan.. aku telah dibeli oleh seorang lelaki berkacamata berseluar yenki berambut kerinting... suis ku dihidupkan.. bergetar seluruh tubuh badanku.. aku rasa cukup bertenaga sekali... dengan penuh tawaduk, aku dibawa pulang kerumahnya... aku dijaga, dibelai, diusap dengan begitu rapi skali... seminggu sekali aku dimandikan.. makan minumku dijaga rapi.. aku sedia berkhidmat untuk keluarga ini dengan penuh rasa tanggungjawab... sepanjang menjalankan tugas aku tidak dapat lari dari kesilapan..aku pernah terjatuh, tergelincir, tertonggeng, dan terpancit... terdapat beberapa kesan calar ditubuh badanku.. jika ada apa2 masalah yang melanda diri ini, aku cepat2 dirawat... aku terharu...

Pada pertengahan tahun 2008, aku telah ditukar hak milik secara tidak rasmi... aku di serahkan kepada anak lelaki tuanku.. Maka, bermulalah episod baru dalam hidupku... aku mendapat perhatian yang lebih lagi.. bab maintenance, memang cukup puas hati.. kebajikan dijaga rapi... Terdapat beberapa perubahan dilakukan terhadap diri ini... aku redha.. aku ditunggang dengan begitu cermat sekali...walaupun aku sering ditunggang mencapai kelajuan maksima.. Kadangkala seram gak pabila tuanku ini mencilok... tetapi, tuanku ini bijak untuk menunggangku mengikut kesesuaian jalanraya...aku berasa senang bangat dengan tuanku.. Baru-baru ini, kepalaku ditebuk untuk mengskrukan mahkota di kepalaku... bukan sakit sangat pun kene tebuk.. macam kene gigit semut jer... Tuanku menggelarkan aku 'Yamaha Lagenda Vtec Turbo'. Suke ati ko la..

Ape2 pun..aku berbangga dapat berbakti untuk tuanku...

Thank You Master...

Ikhlas Dari:


YAMAHA LAGENDA VTEC TURBO
- a.m.n, s.u.k., b.p.a., p.s.m., m.a.i.p., j.p.j, j.k.r.-

Tuesday, April 21, 2009

::mira exora::

Sejak diwar-warkan setahun lalu...perkembangannya selalu ku ikuti, kemunculannya amat kunanti-nantikan..penantian yang penuh dengan kesabaran dan dugaan, kini telah berakhir.. yang dinanti-nanti telah tiba... kelahiran aset negara iaitu....


PROTON EXORA

Proton Exora adalah sebuah MPV pertama keluaran Malaysia amnya, Proton khususnya...Proton Exora menggunakan enjin Campro CPS 1.6, memuatkan 7 orang, dengan harga lebih kurang RM70000. Kebanyakan harga MPV di pasaran berharga lebih dari RM100000. Melalui uji pandu yang telah dijalankan, ramai yang amat berpuas hati dengan MPV ini. Gambar di atas adalah Proton Exora standard..selain itu, terdapat juga Proton Exora Prime:-



EXORA PRIME




Tapi aku lagi suka Exora Prestige ni:-



EXORA PRESTIGE

Exora Prestige ni da macam keta mafia da aku tengok, Ganazz..nampak lebih sporty... aku x pasti samada Exora Prestige dan Exora Prime ni ade dijual atau untuk pameran sahaja.. Tapi kalau jual ni, mau lebih seratus ribu ni... fuhhh...

Ape-ape pun, tahniah Proton kerana berjaya menghasilkan sesuatu yang amat membanggakan negara. Mungkin pasni, Perodua pun akan turut mengeluarkan MPV mereka. Semoga industri permotoran Malaysia akan terus suksess di masa hadapan..

::I'm Proud Be Malaysian and I'm Support Malaysian Car::

z : mira adalah nama adik aku, yang mana xde kne mengene langsung dengan artikel ni..saje je letak tajuk post cm2(x de pe effect pun). Ade mcm bunyi 'mira idora' x?
z : belilah barangan buatan Malaysia.
z : dimana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.